top of page

SELAMAT DATANG!

Team kami terdiri daripada pencinta haiwan serta para profesional yang bertauliah dan berpengalaman. Kami sentiasa bersedia membantu dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan yang berkualiti tinggi. Hubungi kami sekarang untuk sebarang pertanyaan dan informasi lanjut.  

Anchor 1

SERVIS
KAMI

CHECK-UP KESIHATAN

 

Pemeriksaan perubatan untuk haiwan  oleh doktor dan kakitangan berpengalaman kami untuk mengenal pasti sebarang masalah dan memberikan penilaian pakar terhadap haiwan tersebut

VAKSINASI

 

Vaksinasi untuk memberikan perlindungan yang optimum terhadap penyakit yang berisiko tinggi.

RAWATAN & PEMBEDAHAN

 

Pembedahan dan prosedur perubatan akan dijalankan dengan teliti oleh pasukan profesional kami, yang akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kepentingan haiwan anda

PENGASIAN & PEMANDULAN

 

Membantu dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan haiwan anda serta membantu mengawal populasi haiwan secara bertanggungjawab

UJIAN DARAH

Ujian darah akan dijalankan dengan teliti untuk memberikan maklumat penting mengenai kesihatan dan kesejahteraan haiwan kesayangan anda serta untuk memastikan rawatan yang tepat diberikan
 

SCALING GIGI

 

Pembersihan gigi untuk memastikan kesihatan gigi dan gusi haiwan anda terjaga.

our_services

NYAH-CACING & KAWALAN KUTU/KURAP

Pengawalan cacingan dan ectoparasit supaya haiwan kesayangan anda bebas daripada kemudaratan dan ancaman yang tidak diingini

DIAGNOSIS KEHAMILAN

Ujian ultrasound akan dijalankan untuk mengesahkan kehamilan serta memberikan maklumat yang penting mengenai perkembangan dan penjagaan yang diperlukan untuk ibu dan anak haiwan anda yang sedang mengandung

about

CLINIC
KAMI

Klinik Haiwan VCare ditubuhkan pada tahun 2009 di Kota Bharu, Kelantan oleh Dr. Palanisamy dan Puan Chandradevi. Penubuhan klinik ini adalah hasil dari satu hasrat yang mendalam untuk memastikan setiap haiwan kesayangan menerima penjagaan veterinar yang terbaik. Mereka sedar betapa pentingnya akses kepada perkhidmatan veterinar berkualiti tinggi.

​

Di Vcare,  kami mempunyai komitmen yang berkekalan terhadap tahap penjagaan dan kualiti perkhidmatan yang kami sediakan. Kami berpegang teguh kepada prinsip bahawa setiap haiwan, besar atau kecil, memerlukan perhatian dan penjagaan yang teliti. Kami juga percaya dalam pengamalan komunikasi yang telus dengan pemilik haiwan.  Kami berusaha untuk memberikan penerangan yang jelas mengenai keadaan haiwan, serta membimbing anda dalam membuat keputusan terbaik untuk kesejahteraan haiwan kesayangan anda.

​

Kepentingan dan kesihatan haiwan kesayangan anda adalah keutamaan kami di setiap langkah perjalanan ini. Anda boleh yakin bahawa haiwan kesayangan anda akan menerima perawatan dengan penuh kasih sayang, pemahaman, dan pengalaman yang kami peroleh selama bertahun-tahun. Setiap staf kami berkongsi tekad yang sama untuk menyediakan penjagaan yang terbaik, dan kami berbesar hati dapat menjadi rakan penjagaan kesihatan haiwan anda.

HUBUNGI
KAMI

Location: Kota Bharu

Kota Bharu

​

ALAMAT:

​

Lot 4634 Jalan Dusun Muda, Kg Dusun

Muda 15200 Kota Bharu Kelantan

​

Tel:  09-747 7979

​

WAKTU OPERASI:

 

9:30 AM - 6:00 PM

Sabtu - Rabu

​

Tutup:

Khamis & Jumaat

  • Whatsapp
  • Instagram
  • TikTok
  • Facebook Social Icon
Loation: Parit Buntar

Parit Buntar

​

ALAMAT:

​

22, Jalan Wawasan 1, Taman Wawasan Jaya, 34200 Parit Buntar, Perak

​

Tel:  05-716 9595

​

Hubungi Kami

WAKTU OPERASI:

 

9:30 AM - 6:00 PM

Sabtu - Rabu

​

Tutup:

Khamis & Jumaat

  • Whatsapp
  • Instagram
  • TikTok
  • Facebook Social Icon
HUBUNGI KAMI

Terima Kasih! Kami akan menghubungi anda.

bottom of page